Industri hasil kraf tangan telah giat berkembang maju sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Ada banyak jenis kraf tangan yang kita ketahui antaranya kraf tangan batik, kayu, tenunan, tembikar dll.
Ada satu
jenis kraf tangan yang jarang kita dengar atau pun tak pernah dengar maupun
melihatnya iaitu kraf daripada kaca. Kraf kaca ini tak diketahui kerna tidak
diketengahkan. Maka ramailah yang tak tau.. Itulah yang dilakukan saya dalam
industri kraf kaca ini.
Pembuatan
kraf kaca ini memerlukan kesabaran yang tinggi, ketekunan (focus) dan minat
yang mendalam serta kreatif dalam membentuk sesuatu produk daripada kaca ini. Bahan
yang digunakan adalah daripada kaca pyrex berbentuk batang rod (seperti batang
pencil). Kemudian di bakar dalam api dengan suhu yang kuat agar kaca itu
mencair. Semasa kaca mencair di dalam api itulah akan dibentukkan apa saja rupa
produk yang dikehendaki. Masa yang diambil bergantung bentuk produk yang nak
dibuat. Ada yang ambil masa 15 minit saja, ada 1 jam, ada 4-5 jam. Ada pulak
2-3 hari. Harganya juga tak menentu. Bergantung pada bentuk dan masa yang
diambil.
Bagi
tempahan produk yang baru, memerlukan masa kerna perlu kreatif. Kadang-kadang
dah buat pun, tak jadi jugak. Terpaksa buat semula. Produk tadi terpaksa
dibuang. Tak boleh digunakan semula. Rugi la….. Disinilah letaknya kesabaran
yang tinggi.
Ini sebahagian gambar produk. Lihat la….
Ini sebahagian gambar produk. Lihat la….
Untuk Tempahan Hubungi: +6017-2756543 (DIN)
Email: dinkacakraf@gmail.com
Email: dinkacakraf@gmail.com
VIDEO KACAKRAF









No comments:
Post a Comment